Ringankan Segera Beg Sekolah

Ringankansegerabegsekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “S.M. Mohamad Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pula Pinang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 April 2010 – ‘Ringankan Segera Beg Sekolah’.
 
Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian khusus mengenai isu beg berat bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyumbang kepada beg berat. Kajian ini melibatkan semua jenis sekolah rendah di beberapa buah negeri di Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Dalam kajian tersebut, buku-buku teks KBSR bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 telah ditimbang. Hasil kajian mendapati berat sebenar keseluruhan buku teks adalah di antara 2.8kg – 3.0 kg sahaja. Untuk makluman, berat tersebut merupakan berat keseluruhan buku teks KBSR bagi sesuatu tahun. Berat buku teks ini akan jauh berkurang sekiranya murid membawa buku teks mengikut jadual waktu harian. Langkah kerajaan menyediakan buku teks secara jilid juga adalh bertujuan untuk mengurangkan berat beg yang dibawa oleh murid khususnya murid Tahap 1.
Dapatan kajian juga menunjukkan berat beg yang dibawa oleh murid disebabkan mereka membawa barang-barang lain, diantaranya ialah buku kerja tambahan, buku rujukan, botol air dan kotak pensil.
KPM mengakiui bahawa kesan negative seperti implikasi kesihatan akan dihadapi oleh murid khususnya Tahun 1 dan Tahun 2 akibat daripada berat berlebihan bagi beg sekolah mereka. Bagi mengatasi hal ini, ibu bapa juga adalah disaran untuk menyemak jadual waktu setiap hari bagi memastikan buku dan barang-barang yang dibawa oleh anak-anak mereka ke sekolah adalah berkaitan sahaja. Manakala guru kelas pula ada menyediakan tempat menyimpan buku latihan yang tidak digunakan sebagai kerja rumah di kelas masing-masing.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Newsletter Powered By : XYZScripts.com